May 31, 2010

Saidina Abu Hurairah

Objektif:-

1)Menyatakan biodata Saidina Abu Hurairah
2)Menerangkan kepentingan mencontohi akhak Saidina Abu Hurairah
3)Menyenaraikan sumbangan Saidina Abu Hurairah dalam periwayatan ilmu hadis.
4)Menjelaskan faktor2 kejayaan Saidina Abu Hurairah.
5)Merumuskan tamdaun hasil daripada akhlak dan kegigihan Saidina Abu Hurairah menuntut ilmu.


BIODATA

Nama : Abdul Rahman bin Sokh Al-Dusi Al-Yamani
Nama sebelum Islam : Abdu Syams
Tempat lahir : Dus, di negeri Yaman
Tarikh lahir : 19 tahun sebelum hijrah
Tarikh memeluk Islam : 7 hijrah. Ketika Rasulullah di Khaibar
Latar Belakang : Anak yatim sejak kecil & seorang ahli suffah di Madinah
Tarikh Wafat : 59 hijrah. Ketika umur 78 tahun.
Gelaran : Abu Hurairah


AKHLAK SAIDINA ABU HURAIRAH

1)Taat kepada Allah dan Rasul
2)Cinta akan ilmu pengetahuan
3)Hormat ibu bapa
4)Mengasihi binatang


SUMBANGAN SAIDINA ABU HURAIRAH

1)Sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis iaitu 5374 hadis.
2)800 orang murid belajar dengan beliau
3)Seorang yang gigih dalam mengembangkan Islam

Kebanyakan hadis beliau seperti Sahih Al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan At-Tarmizi,
Sunan Abi Daud, Sunan Ibnu Majah dan Sunan An-Nasa'i.


FAKTOR KEJAYAAN BELIAU DALAM PERIWAYATAN HADIS

1)Ahli Suffah yang tidak sibuk dengan urusan pentadbiran
2)Rajin menghadiri majlis ilmu
3)Tekun menyebarkan hadis
4)Berkat doa Nabi
5)Sempat hidup lama selepas Nabi Wafat, 47 tahun.


TAMADUN

Umat Islam wajib melakukan ketaatan kepada Rasulullah setiap masa. Sifat amanah dan suka menolong, berbakti kepada ibu bapa, selalu mendoakan kebahagiaan mereka di dunia dan diakhirat, berlaku ihsan pada binatang, memelihara alam sekitar adalah suatu sifat yang ada pada setiap muslim. Umat islam hendaklah menguasai ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah demi melahirkan masyarkat yang cemerlang dan negara yang membangun serta maju.

1 comment:

  1. masya-ALLAH.rajinnyer...ya habibi ya maulana ..bykkknyer tulis ....cabut gigi guna spanar

    ReplyDelete