May 30, 2010

BAB 26 : Nikmat dan musibah ujian kehidupan


DEFINISI

Kehidupan kita penuh dengan suka dan duka.Ada ketika kita menerima nikmat dan ketika yang lain pula kita diterima musibah.Nikmat ialah semua bentuk kesenengan,keperluan dan keselesaan yang diterima oleh seseorang seperti kesihatan,makanan,tempat tinggal dan keadaan.

OBJEKTIF

*Menyatakan pengertian nikmat dan musibah
*Menghuraikan adab menerima nikmat Allah
*Menjelaskan akibat tidak bersyurkur kepada Allah
*Menghuraikan adab ketika ditimpa musibah
*Menjelaskan kelebihan beradab ketika ditimpa musibah

ADAB MENERIMA NIKMAT ALLAH

Adab menerima nikmat Allah antaranya ialah dengan bersyukur.Bersyukur terbahagi kepada 3 iaitu:

*Melalui Hati - Meyakini bahawa nikmat yang diterima ialah kurniaan Allah dan- akan disoal di hari akhirat
*Melalui Lisan - Memuji Allah dengan menyebut Alhamdullilah dan mengerjakan sujud
syukur
*Melalui Amali - Menggunakan nikmat dengan cara yang terbaik dan bermanfaat

AKIBAT TIDAK BERSYUKUR KEPADA ALLAH

1-Allah menarik balik nikmat yang diberi
2-Individu dan masyarakat menjadi mundur
3-Ditimpa kesempitan hidup
4-Tidak dihormati oleh masyarakat
5-Menerima azab di akhirat

ADAB KETIKA DITIMPA MUSIBAH

Bersabarlah apabila anda menghadapi sebarang musibah seperti kematian,kesakitan,kelaparan atau kehilangan sesuatu yang amat disayangi.Orang mukmin sejati yang yakin dengan qadak dan qadar Allah tidak mudah berputus asa.Dia akan berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi.Pada masa yang sama,dia akan berdoa dan bertawakal kepada Allah.Keyakinan kepada Allah menjadikan dia berfikiran positif terhadap perkara yang berlaku.Dia juga akan beristighfar memohon ampun kepada Allah kerana mungkin musibah tersebut akibat daripada dosa yang dilakukannya.Kesabaran dan keredaan ialah senjata yang paling empuh untuk meneruskan kehidupan yang penuh dengan cabaran.
KELEBIHAN BERADAB
*Mendapat keampunan dan rahmat daripada allah.
*Bertambah keimanan kepada allah.
*Mendapat kejayaan didunia yang lebih dan kebahgiaan diakhirat
*Dihormati oleh masyarakat.
*Mendapat gantian nikmat yang lebih baik daripada allah.
*Kecekalan dikenang walaupun telah meninggal dunia.

2 comments:

  1. tahniah kump anta cemerlang buat lagi terbaik jk ada

    ReplyDelete
  2. kami akan berusaha lagi demi mencapai matlamat hidup A+++ dalam pendidikan islam.

    ReplyDelete